SERAMAI 25 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan enam pintu rumah panjang di Jalan Tong Sang, Sibu, hari ini. FOTO Norsyazwani Nasri
SERAMAI 25 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan enam pintu rumah panjang di Jalan Tong Sang, Sibu, hari ini. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Sibu: Seramai 25 penghuni hilang tempat tinggal selepas enam pintu rumah panjang di Jalan Tong Sang, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Suna Kaha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 9.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota BBP Sibu Sentral dengan bantuan BBP Sungai Merah dihantar ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan rumah panjang enam pintu yang terbakar keseluruhan.

"Api turut merebak ke rumah berhampiran jenis kekal Semi-D yang terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, semua penghuni berjaya keluar daripada terperangkap dalam kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 5:21 PM