KEBAKARAN yang memusnahkan satu blok rumah pekerja di Jalan Tanjung Kunyit pagi tadi. FOTO Erika George
KEBAKARAN yang memusnahkan satu blok rumah pekerja di Jalan Tanjung Kunyit pagi tadi. FOTO Erika George
Erika George


Sibu: Seramai 44 pekerja kilang papan di Jalan Tanjung Kunyit di sini, hilang tempat berteduh selepas rumah pekerja didiami mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.53 pagi.

"Sejurus sampai pasukan mendapati api sedang marak memusnahkan satu blok rumah pekerja jenis tidak kekal," katanya.

Menurutnya, kerja pemadaman segera dilakukan dengan bantuan pasukan BBP Sungai Merah dan api berjaya dikawal beberapa minit kemudian.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilapor dalam kebakaran itu kerana semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.

"Difahamkan mangsa kini menumpang di rumah saudara sementara terima bantuan," katanya yang memberitahu jumlah kerugian dan punya kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2023 @ 3:14 PM