Rumah panjang Tuai Rumah  Rebah di Nanga Tutus Igan yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
Rumah panjang Tuai Rumah Rebah di Nanga Tutus Igan yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
Erika George


Sibu: Seramai 26 penghuni dari tujuh keluarga di Rumah Rebah di Nanga Tutus Iga di sini hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi api sudah memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah panjang jenis tidak kekal itu sebelum mengambil masa tiga minit mengawal kebakaran.

"Keterangan daripada saksi kejadian mengatakan kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian dapur bilik nombor dua rumah panjang terbabit sebelum ia marak serta merebak ke unit kediaman yang lain.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 6:50 PM