MANGSA banjir di PPS SMK Sri Gading, 14 Sept lalu. FOTO arkib NSTP
MANGSA banjir di PPS SMK Sri Gading, 14 Sept lalu. FOTO arkib NSTP
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 50 orang setakat 8 pagi, hari ini, berbanding 99 mangsa daripada 25 keluarga, 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 13 keluarga di Sri Gading.

"Mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sri Gading.

"Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, banjir berlaku susulan hujan lebat Rabu lalu bertembung dengan air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan.

"Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak Rabu lalu. Cuaca dilaporkan hujan setakat 8 pagi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2022 @ 10:31 AM