Gelagat watak animasi Dinocorn mencuit hati pengunjung - FOTO Hiasan
Gelagat watak animasi Dinocorn mencuit hati pengunjung - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

PENYEDIA perkhidmatan telekomunikasi terkemuka, Maxis mencuri tumpuan ramai menerusi paparan video tiga dimensi (3D) pada skrin digital pengiklanan luar rumah (OOH) di Pavillion, Bukit Bintang.

Video pendek berdurasi 15 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bersama maskot dinasour berwarna hijau bernama Dinocorn dengan kuasa ajaib mengembara dari dunia nyata ke dalam skrin televisyen bagi menikmati pengalaman tontonan lebih menyeronokkan.

Tinjauan Harian Metro di Pavillion mendapati penonton teruja ketika babak beberapa animasi haiwan comel lain seperti gajah, monyet dan ular muncul secara tiba-tiba dalam bentuk 3D seolah-olah terkeluar daripada skrin gergasi itu.

Idea kreatif dan luar biasa yang diketengahkan Maxis menerusi video ini secara tidak langsung menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa Maxis Home Fibre kini menjanjikan lebih keriangan buat seisi keluarga di setiap kediaman.

Lebih pantas, lebih keriangan

Menjadi antara peneraju perkhidmatan komunikasi di Malaysia, Maxis sentiasa komited menawarkan pengalaman internet dan ekosistem digital terbaik pada setiap masa bagi memastikan semua penggunanya kekal terhubung. 

Maxis Home Fibre kini ditingkatkan dengan capaian WiFi lebih pantas menerusi peranti penghala (router) WiFi 6 Maxis yang memastikan pengguna dapat menyambung WiFi ke lebih banyak peranti di rumah.

Selain itu, pengguna Maxis Home Fibre juga dapat menikmati liputan WiFi lebih luas dan sambungan Internet tanpa gangguan yang dioptimumkan oleh Maxperts, pakar WiFi daripada Maxis.

Bukan itu sahaja, Maxis turut menawarkan pelan bayaran ansuran yang berpatutan untuk pelbagai pilihan peranti rumah berteknologi canggih seperti televisyen pintar yang dapat dimiliki dengan mudah menerusi langganan Maxis Home Fibre.

Bagi pengguna baharu, anda boleh memilih pelbagai pelan bulanan dari serendah RM89 sebulan, dengan pilihan kelajuan Internet sehingga 800mbps, router terkini WiFi 6 yang diperakui, peranti tambahan untuk kediaman serta nikmati servis pemasangan percuma dan sokongan selepas jualan.

Tidak cukup dengan itu, bagi pengguna yang melanggan pelan internet lebih pantas berpeluang membawa pulang dua unit WiFi 6 Easy Mesh secara percuma. 

Ia adalah peranti tambahan yang dapat membantu meningkatkan keluasan liputan WiFi dan menambah kelajuan Internet di ruangan terpilih dalam rumah anda.

Sementara itu, pengguna sedia ada Maxis Home Fibre boleh terus menikmati pelbagai tawaran hebat daripada Maxis sepanjang tahun bagi peranti kediaman pada harga berpatutan menerusi pelan Zerolution.

Untuk menikmati lebih keriangan di rumah bersama orang tersayang dan Maxis, langgan Maxis Home Fibre atau layari laman sesawang Maxis sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 5:09 PM