Samsung sekali lagi menawarkan ciri inovasi yang tidak pernah ada pada bahagian kamera menerusi Siri Galaxy S23. - FOTO Samsung
Samsung sekali lagi menawarkan ciri inovasi yang tidak pernah ada pada bahagian kamera menerusi Siri Galaxy S23. - FOTO Samsung
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA terkemuka Samsung Eletronics Co Ltd seringkali menjadi tumpuan utama pengguna di serata dunia kerana idea dan teknologi transformatif yang inovatif.

Setiap peranti yang dihasilkan hadir dengan matlamat yang jitu iaitu untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan sebagai jenama mudah alih utama dan memberikan pengalaman telefon premium terbaik kepada pengguna. 

Menepati perubahan semasa keperluan pengguna, Samsung sekali lagi menawarkan ciri inovasi yang tidak pernah ada pada bahagian kamera menerusi Siri Galaxy S23 yang terkenal sebagai siri mercu jenama ini. 

Antara pembaharuan yang diperkenal dalam siri  Galaxy S23  ini adalah reka bentuk mampan, prestasi lebih baik dan inovasi kamera termaju dalam model Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan juga Samsung Galaxy S23 Ultra.

Kamera utama 200 megapiksel

Buat pengguna telefon pintar, perkara utama yang paling dititikberatkan selain reka bentuk peranti adalah kamera yang canggih. 

Dengan siri Samsung Galaxy S23, pengguna kini boleh menikmati kualiti peranti dengan sensor kamera 200 megapiksel apabila mengambil gambar atau merakam video. 

Kualiti sensor dibolehkan melalui Piksel Adaptif Baharu yang menyokong pelbagai peringkat pemprosesan sekali gus memberikan pengguna gambar dengan ketepatan melalui resolusi 12MP, 50MP dan 200MP. 

Selain itu, siri ini turut dikukuhkan dengan kamera swafoto dengan perincian auto fokus pantas dan kamera berdefinisi tinggi 60fps untuk kualiti imej dan video kamera hadapan yang lebih baik. 

Fotografi cahaya malap

Tidak semua peranti yang canggih mampu menyediakan pengguna dengan keperluan mod sokongan fotografi untuk waktu malam dan cahaya malap.  

Pembaharuan pada siri Galaxy S23 disesuaikan dengan kelebihan pencahayaan untuk semua keadaan termasuk cahaya malap dan mod malam yang bakal membantu pengguna beraksi dengan kamera tidak kira siang atau malam. 

Algoritma kamera yang turut dipertingkatkan mampu mengoptimumkan setiap foto dan video yang ditangkap dalam pelbagai keadaan ambien dengan terperinci. 

Lebih menarik, kamera hadapan dengan 12MP juga dipertingkatkan dengan mod Dual Pixel Autofocus berserta teknologi AI yang memberikan pengguna kebebasan merakam video pada waktu malam dengan jelas dan kesan bokeh semula jadi. 

Penstabil imej optik berganda (OIS)

Teknologi dua kali ganda toleransi OIS terhadap peranti siri Galaxy S23 ini cukup untuk menyempurnakan ciri kamera pada peranti ini dimana pengguna kini boleh mengendali peranti walaupun berada dalam keadaan tidak stabil dan bergegar.

Jadi, walaupun pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya malap atau dalam situasi bergerak gambar yang dihasilkan akan tetap stabil. 

Inovasi menyeluruh pada siri baharu

Tidak hanya terhad kepada teknologi yang telah dinyatakan, siri ini turut memberikan kebebasan kepada pengguna untuk merakam video dengan fungsi rakaman video beresolusi 8K yang dipertingkatkan pada sudut lebih luas.

Selain itu, pengguna boleh mengaktifkan ciri AI yang memberikan pengkelasan analisis ke atas setiap butiran dalam bingkai gambar yang membolehkan anda menghasilkan gambar yang jelas. 

Khusus buat pengguna yang gemar meneroka fungsi manual, peranti dari siri Galaxy S23 turut dilengkapi dengan mod Expert RAW dengan pilihan tetapan yang memberikan pengguna penguasaan luas setanding penggunaan kamera DSLR dalam menghasilkan imej seperti jurugambar profesional. 

Tingkatkan permainan fotografi telefon pintar dan pengalaman telefon premium terbaik dengan semua siri Samsung Galaxy S23 baharu!

Pra tempah sekarang dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini layari laman web rasmi Samsung

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 8:36 PM