Aplikasi CIMB Clicks dilengkapi dengan ciri keselamatan bertingkat.- FOTO Hiasan.
Aplikasi CIMB Clicks dilengkapi dengan ciri keselamatan bertingkat.- FOTO Hiasan.
Nur Amirah Abd Rani

PERKHIDMATAN kewangan dalam talian menunjukkan peningkatan ke arah penggunaan digital dalam urus niaga yang mencatatkan 49 peratus bersamaan 2.5 billion transaksi.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan 2020 mencatatkan urus niaga e-dompet turut melonjak 131 peratus kepada 600 juta.

Peralihan ke arah perkhidmatan kewangan digital dalam talian banyak membantu memudahkan urusan orang ramai terutama ketika musim pandemik. 

Orang ramai kini boleh membayar bil, memindahkan wang, menambah kredit mudah alih malah mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran.

Tidak dinafikan perbankan digital mampu membantu urusan kewangan hanya di hujung jari, tetapi, terdapat risiko keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh pengguna.

Antara lima langkah cepat dan mudah boleh dipraktikkan pengguna untuk melindungi wang mereka adalah seperti berikut.

1. Gunakan aplikasi perbankan mudah alih

Salah satu cara mudah untuk mengurangkan risiko terjebak dalam penipuan phishing adalah dengan menggunakan aplikasi perbankan rasmi yang boleh dimuat turun dari aplikasi Apple Store atau Google Play store.

Melalui langkah ini, pengguna dapat memastikan proses perbankan dapat dilakukan di aplikasi yang sahih dan dilindungi.

Aplikasi perbankan seperti Aplikasi CIMB Clicks dilengkapi dengan ciri keselamatan bertingkat untuk melindungi akaun dan transaksi pengguna seperti pengecaman cap jari dan SecureTAC.

Ciri seperti SecureTAC yang digunakan dalam aplikasi CIMB Clicks dapat melindungi pengguna daripada transaksi tidak sah dalam jumlah besar.

Ini kerana, SecureTAC melalui aplikasi CIMB Clicks diperlukan untuk setiap transaksi yang melebihi RM10,000 dan hanya telefon yang didaftarkan untuk pengaktifan sahaja yang dapat menerima SecureTAC.

Image

2. Elak klik pautan tidak dikenali

Langkah lain yang boleh dilakukan pengguna untuk memastikan keselamatan wang mereka adalah dengan tidak mengakses sebarang pautan yang dihantar di mesej atau email melalui sumber tidak dikenali.

Sekiranya pengguna lebih suka menggunakan laman web, pastikan sentiasa berhati-hati ketika mengklik sebarang pautan yang diterima.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak menekan sebarang pautan mencurigakan yang diterima menerusi akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp.

Terdapat kemungkinan pautan tidak dikenali mempunyai unsur jenayah siber phishing atau 'memancing data' dengan mengelirukan mangsa dengan membawa mangsa ke laman web yang menyerupai seperti url sebenar.

Image

Oleh itu, amat penting bagi pengguna untuk mempraktikkan secara manual memasukkan url bank dan kerap memeriksa SecureWord sebelum memasukkan ID pengguna dan kata laluan.

CIMB turut menggunakan SecureWord sebagai pengesahan dua-faktor untuk membantu pelanggan mengesahkan bahawa mereka menggunakan laman web perbankan yang betul.

Oleh itu, setiap SecureWord digunakan adalah seperti kod rahsia di antara pengguna dan CIMB.

3. Tetapkan kata laluan yang kuat

Dasar asas melindungi perbankan dalam talian pengguna adalah dengan menggunakan kata laluan yang kuat dan boleh melindungi.

Antara langkah mudah adalah elakkan menggunakan kata laluan yang mudah untuk diteka oleh orang lain seperti tarikh lahir, nama pemilik atau nombor telefon.

Selain itu, pastikan untuk menukar kata laluan secara berkala bagi memastikan keselamatan akaun dari menjadi sasaran penggodam dan elakkan dari menggunakan semula kata laluan yang sama dari platform bank lain.

Pengguna boleh membina kata laluan daripada campuran pelbagai abjad dan nombor tanpa susunan mudah atau menggunakan kaedah mnemonics iaitu kata laluan berdasarkan singkatan dari perkataan.

Pastikan simpan maklumat kata laluan hanya kepada diri sendiri dan jangan berkongsi dengan mana-mana individu.

4. Sentiasa kemas kini aplikasi, peranti

Mempunyai sistem operasi yang terkini adalah pertahanan terbaik terhadap virus, dan ancaman dalam talian yang lain.

Pengguna boleh mengemaskini aplikasi perbankan secara berkala untuk memastikan peranti serta aplikasi yang digunakan sentiasa ditambah baik dengan perlindungan dan dikemaskini.

Aplikasi perbankan mudah alih seperti CIMB Clicks juga sentiasa meningkatkan ciri keselamatan aplikasi mereka untuk melindungi akaun dan transaksi.

Pengguna boleh menetapkan kemas kini automatik untuk kedua-dua peranti dan aplikasi supaya dapat menerima kemaskini terbaru apabila tersedia.

5. Elakkan guna sambungan jaringan tanpa wayar (WiFi) percuma

Langkah akhir yang boleh dilakukan adalah tidak menggunakan sebarang sambungan internet yang tidak dikenali seperti sambungan WiFi di tempat awam.

Pastikan setiap transaksi dilakukan dalam talian di laksanakan menggunakan sambungan internet yang dipercayai seperti rangkaian mudah alih atau WiFi yang terdapat di rumah anda.

Ciri keselamatan pada WiFi awam tidak boleh menjamin keselamatan anda ketika melayari internet. Hal ini kerana WiFi awam mempunyai risiko keselamatan yang terbesar.

Antara risiko ketika menggunakan WiFi awam adalah serangan orang tengah di mana penggodam boleh mengintip secara dalam talian maklumat perbankan dan aktiviti dalam talian, seterusnya meningkatkan risiko pengaliran data melalui rangkaian tidak disulitkan dan penggodam.

Pengguna boleh membuat rujukan mengenai perincian ciri ini melalui maklumat umum diterbitkan CIMB di laman web dengan mengikuti langkah mudah ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut fungsi keselamatan, sila layari pautan CIMB Clicks melalui laman web https://www.cimbclicks.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 3:40 PM