Peniaga perlu meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk sepanjang pandemik - FOTO Maxis
Peniaga perlu meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk sepanjang pandemik - FOTO Maxis
Mohammad Asyraf Khalib

PANDEMIK Covid-19 terus menyaksikan peralihan trend pengguna lebih gemar membeli-belah secara dalam talian. 

Selain mudah dan cepat, faktor keselamatan menjadi sebab utama ramai memilih cara baharu. 

Bergerak seiring perkembangan semasa, rata-rata peniaga mula memanfaatkan perniagaan dalam talian untuk meraih pendapatan.

Platform e-dagang

Image

Paling popular, platform e-dagang kini menjadi pilihan utama peniaga memasarkan produk.

Terkenal dengan laman mesra pengguna, platform dalam talian itu juga cukup sinonim dengan acara jualan tahunan yang mencatat hasil jualan tinggi.

Malah, tawaran penghantaran percuma turut menarik minat pelanggan untuk terus membeli di platform berkenaan.

Media sosial

Image

Selain e-dagang, media sosial seperti Facebook dan Instagram turut menjadi pilihan peniaga.

Tinjauan Harian Metro mendapati pemilik perniagaan di media sosial rancak mencuba pelbagai cara untuk meraih pelanggan. 

Sentiasa meriah dengan tawaran diskaun dan hadiah, laman media sosial juga dibanjiri siaran langsung perniagaan yang meraih ribuan tontonan. 

Tidak cukup dengan itu, ada juga peniaga mengambil peluang menghasilkan video kreatif sehingga tular.

Webinar perniagaan

Image

Perubahan landskap perniagaan dalam norma baharu turut mendorong peniaga menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. 

Sejak bulan Mac lalu, sambutan orang ramai terhadap bengkel dan webinar perniagaan meningkat secara mendadak. 

Topik pemasaran digital dan perniagaan dalam talian menjadi fokus utama memandangkan ramai peniaga kurang pengalaman.

Internet satu keperluan

Bagaimanapun semua alternatif digital ini hanya mampu dicapai dengan kemudahan internet pantas dan stabil.

Menyedari internet satu keperluan dalam norma baharu, Maxis komited menambah baik perkhidmatan sesuai keperluan semasa pengguna. 

Terbaharu, pelan perniagaan Maxis Business Postpaid dan Fibre menjadi pilihan ramai. 

Image

Selain harga ditawarkan berpatutan, capaian internet berkelajuan tinggi sehingga 800Mbps mendorong ramai peniaga bertukar ke Maxis. 

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati data, panggilan dan SMS tanpa had serta telefon pintar percuma. 

Bukan itu sahaja, Maxis turut menawarkan penyelesaian gred perniagaan secara percuma bernilai RM1,000, membolehkan peniaga kekal berhubung dengan pelanggan.

Image

Berkongsi pengalaman mengusahakan perniagaan dalam norma baharu, pemilik Warung Pojok, Mohd Nazri berkata capaian internet tidak stabil sebelum ini menyebabkan perniagaannya mengalami kerugian.

Ini kerana lebih ramai pelanggan membeli makanan secara dalam talian berbanding berkunjung ke premis.

Menyedari situasi itu menjejaskan perniagaannya, beliau segera melanggan Maxis Business Postpaid dan Fibre.

Setakat ini Mohd Nazri berkata beliau cukup berpuas hati dan gembira kerana dapat meraih lebih pendapatan menerusi perniagaan dalam talian sekali gus menyarankan usahawan lain mengikuti langkah sama. 

Geran Digitalisasi PKS

Image

Ditanya mengenai Geran Digitalisasi PKS,  Mohd Nazri tidak lokek berkongsi mengenai manfaatnya.

Beliau berpendapat bahawa inisiatif yang disediakan kerajaan sangat menjimatkan dan menguntungkan peniaga PKS. 

Apatah lagi sepanjang pandemik, semua peniaga terpaksa meminimumkan kos perbelanjaan bagi memastikan perniagaan kekal bertahan. 

Selain itu, wakil RCA Wealth Agency (RCA), Solomon dan Rebecca juga antara usahawan yang memanfaatkan Geran Digitalisasi PKS dengan Maxis.

Image

RCA memilih untuk melanggan Maxis Business Postpaid, membolehkan mereka memanfaatkan perkhidmatan Voice Go di mana panggilan telefon pejabat boleh disambungkan terus ke telefon bimbit pekerja. 

Ini bermakna pekerja RCA boleh menjawab panggilan telefon pelanggan tidak kira pada bila-bila masa dan di mana mereka berada.

"Walaupun rata-rata pekerja RCA terpaksa bekerja dari rumah sepanjang tempoh kuarantin, urusan pejabat dan perniagaan kami masih boleh diteruskan seperti biasa, malah kami juga dapat menghubungi pelanggan dengan media tambahan seperti SMS," katanya.

RCA menerusi kenyataannya berkata, mereka bersetuju Geran Digitalisasi PKS sangat efektif dan memudahkan syarikat sederhana kecil seperti RCA untuk mencuba penyelesaian digital. 

Tambah mereka lagi, pemberian geran berkenaan juga menjadi satu jaminan selesa, mengelakkan peniaga mengalami sebarang kerugian sepanjang pandemik.

Menerusi Geran Digitalisasi PKS, pemilik perniagaan berpeluang menikmati dana daripada kerajaan untuk membiayai bil telefon dan internet perniagaan sehingga RM3,000. 

Maxis adalah pembekal perkhidmatan teknologi yang dilantik oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Geran Digitalisasi PKS milik PENJANA.

Bagi peniaga yang berminat untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi PKS dengan Maxis, layari www.business.maxis.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 9:14 AM