Layari internet tanpa had selama 30 hari percubaan dengan promosi terbaru daripada unifi
Layari internet tanpa had selama 30 hari percubaan dengan promosi terbaru daripada unifi
Noraniza Azmi

SEJAJAR dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menekankan rakyat negara ini terus #dudukrumah bagi membendung wabak Covid-19, unifi menawarkan percubaan internet tanpa had khas buat anda!

Tawaran hebat tanpa syarat daripada unifi

unifi memberi tempoh percubaan selama 30 hari bagi pelan Home Fiber dan juga pelan ansuran mudah pembelian peranti Wi-Fi Mesh untuk meningkatkan pengalaman terbaik penggunaan Wi-Fi di lokasi anda. 

Tawaran ini harus menjadi rebutan buat mereka yang masih belum melanggan servis internet di kediaman, penyewa golongan muda, pemilik perniagaan tempatan ataupun untuk mereka yang masih bergantung kepada servis internet menerusi telefon bimbit. 

Sentiasa berhubung walaupun menjalani norma baharu

Oleh itu, unifi menggalakkan anda untuk segera mendaftar supaya dapat kekal berhubung dan produktif walaupun menjalani norma kehidupan yang baharu. 

Malah, dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, penggunaan internet sudah semestinya satu keperluan. 

Perkhidmatan internet tanpa had ini juga penting demi memastikan anda terus boleh bekerja dari rumah, kelancaran proses pembelajaran dan untuk hiburan seisi keluarga.

Apa kelebihan apabila mempunyai internet tanpa had di rumah? 

Image

Selain daripada digunakan untuk memudahkan anda menjalani rutin wajib seharian seperti yang dinyatakan di atas, internet tanpa had bakal memberikan anda lebih kepuasan untuk melakukan aktiviti dan hobi baru. 

Contohnya, anda boleh mula untuk menjana pendapatan sampingan dengan membuka siaran Youtube seperti Sugu Pavithra, menonton filem kegemaran secara maraton ataupun mengadakan sesi siaran langsung terus daripada dapur anda seperti seorang chef terkemuka. 

Aspek keselamatan oleh unifi

Untuk pengetahuan anda, aspek kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerja tetap menjadi keutamaan bagi pihak unifi. 

Oleh itu, kesemua juruteknik mengutamakan dan mematuhi langkah berjaga-jaga sepanjang kerja pemasangan ataupun pemulihan dilaksanakan. 

Selain menjalani pemeriksaan suhu setiap hari, juruteknik unifi diwajibkan memakai topeng muka pada setiap masa ketika memasuki premis pelanggan. Kebersihan tangan juga akan dititikberatkan sepanjang hari bekerja. 

Daftar sekarang dan nikmati kehebatan internet tanpa had dengan unifi! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang unifi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 12:50 PM