Fatin (dua dari kanan) bersama keluarga - FOTO Fatin
Fatin (dua dari kanan) bersama keluarga - FOTO Fatin
Mohammad Asyraf Khalib

PANDEMIK menyaksikan teknologi mengambil tempat dalam kehidupan seharian. Dari aktiviti membeli-belah, pekerjaan sehingga pendidikan anak, segalanya membabitkan teknologi. 

Selain memudahkan urusan harian, orang ramai juga tidak melepaskan peluang memanfaatkan teknologi untuk melakukan perubahan hidup ke arah lebih baik. 

Memahami keperluan itu, syarikat perkhidmatan teknologi terkemuka Maxis, komited menyokong golongan terjejas supaya mereka bangkit mengatasi cabaran menerusi kempen #KauBoleh!

Ikuti perkongsian wanita ini, antara individu hebat yang tidak melepaskan peluang memanfaatkan teknologi dalam kehidupan.

Bisnes biskut, roti dalam talian terima sambutan

Perniagaan bakeri secara kecil-kecilan yang pada mulanya diusahakan untuk memenuhi minat sendiri kini membuahkan hasil lumayan untuk seisi keluarga.

Tidak lokek berkongsi mengenai perniagaannya, Fatin Amirah Hanin Mohd Fauzi berkata produk bakeri yang diberi nama Tinxcrush itu setakat ini hanya dipasarkan secara dalam talian.

"Saya mempunyai pekerjaan tetap, kekangan kerja dan tanggungjawab sebagai ibu menyebabkan perniagaan sampingan ini terpaksa bergantung penuh dengan media sosial dan platform e-dagang sahaja.

"Bagi tujuan pemasaran, saya kerap memuat naik gambar di Instagram dan membuat siaran langsung di platform media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan. 

ImageAntara pilihan produk bakeri di tinxcrush - FOTO @tinxcrush

Menurut Fatin, teknologi terkini memudahkan proses urus niaga dalam norma baharu.

Pelanggan boleh membuat tempahan menerusi pautan khas di Instagram, menghubungkan mereka terus ke aplikasi WhatsApp. 

Selain itu, Tinxcrush juga mengamalkan sistem pembayaran digital di mana pelanggan disaran membuat transaksi tanpa tunai menggunakan sistem perbankan dalam talian, aplikasi e-dompet atau kod QR. 

"Walaupun hanya berniaga dari rumah, hasil jualan setiap hari terus meningkat dan saya berhasrat untuk membuka premis perniagaan sendiri suatu hari nanti," katanya.

Ditanya mengenai kempen #KauBoleh, Fatin mengakui ia adalah inisiatif yang sangat baik dan perlu direbut bagi penerima layak.

"Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita tidak boleh berdiam diri sebaliknya harus bangkit merebut setiap peluang yang ada untuk mencipta kejayaan.

"Walaupun perniagaan saya ini masih kecil di mata orang, tetapi menjadi kebanggaan anak dan suami adalah nikmat terbesar dalam hidup," kongsi Fatin.

Kini #KauBoleh kecapi impian!  

Dengan memanfaatkan teknologi dan ketersambungan internet dalam kehidupan seharian, anda juga boleh mengecapi segala impian dengan mudah sama seperti Fatin. 

Bagi menyokong rakyat Malaysia merelisasikan impian itu, Maxis sebagai rakan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia tampil dengan kempen Maxis #KauBoleh. 

Ia adalah sebahagian inisiatif di bawah program Jaringan Prihatin, dibentangkan dalam Belanjawan 2021 membolehkan penerima layak menikmati bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco.

Dalam pengumuman terbaharu, skim Jaringan Prihatin sudah ditambahbaik kepada subsidi RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi merealisasikan program Jaringan Prihatin berbanding RM1.5 bilion ketika diumumkan dalam Belanjawan 2021. 

Warganegara Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk memohon subsidi Jaringan Prihatin ini bermula 5 Mei sehingga 31 Julai 2021.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan program Jaringan Prihatin dengan melanggan pelbagai perkhidmatan Maxis melalui kempen #KauBoleh seperti di bawah:

  • Prabayar Hotlink - Internet dan panggilan tanpa had!
  • Pascabayar Hotlink + peranti - Miliki telefon pintar terkini hanya RM1
  • Maxis Home 4G WiFi - WiFi 4G tanpa had di rumah buat sekeluarga

Sementara itu, bagi pengguna yang sudah mendaftar tetapi berhasrat menukar ke penyedia telco lain, anda tidak perlu bimbang kerana masih boleh menuntut subsidi sehingga RM300 ini sehingga 31 Mei 2022. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Maxis #KauBoleh, lawati halaman Program Jaringan Prihatin di laman web Maxis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 12:10 PM