Mohammad Asyraf Khalib

MENONTON filem secara dalam talian, melayari Internet atau membuat carian di media sosial antara aktiviti pilihan bagi mengisi masa lapang. 

Tidak kira melakukannya bersendirian atau ditemani seisi keluarga, capaian Internet yang baik adalah kunci segalanya.

Namun, bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai, ditambah pula dengan keperluan digital berbeza-beza, berkongsi rangkaian Internet sama dalam satu masa boleh menyebabkan suasana bertukar stress.

Disebabkan itu, ramai pengguna masa kini khususnya mereka yang berkeluarga besar mula beralih ke rangkaian Celcom yang diiktiraf sebagai pilihan nombor satu di Malaysia oleh OOkla dan Ipsos.

Pelan keluarga mampu milik

Image

Dengan mendaftar sebagai pengguna Celcom, anda sekeluarga dapat menikmati pelan pascabayar mampu milik yang sesuai memenuhi gaya hidup keluarga iaitu Pelan Keluarga Celcom MEGA™️.

Pelan ini membolehkan pengguna menikmati Internet tanpa had sehingga enam talian tambahan dalam satu masa bagi setiap keluarga dengan hanya serendah RM40 sebulan setiap talian.

Lebih menarik, pengguna setiap talian tidak perlu risau mengenai kekangan dari segi penggunaan Internet kerana masing-masing boleh memilih untuk melanggan pelan Internet Pantas atau pelan Internet Tanpa Had yang berbeza pada harga sama, tanpa perlu mengikuti talian utama.

Selain itu, mereka yang melanggan pelan pascabayar ini juga berpeluang menikmati tawaran beli satu percuma satu talian.

Nikmati lebih penjimatan

Image

Bagi keluarga yang melanggan pelan CELCOM MEGA™️ pula, mereka akan diberi akses premium percuma untuk menstrim iQiyi atau Viu melalui Video Walla™.

Pelanggan boleh menikmati hiburan terbaik dengan menonton K-drama, drama dan filem China dan tempatan, rancangan anime yang popular serta pelbagai lagi program di platform itu.

Lebih menarik, pelanggan turut boleh menikmati Celcom Home Fibre™️ secara percuma dengan penjimatan sehingga RM191 sebulan apabila mendaftarkan dua talian tanpa had Celcom MEGA™️. 

Bagi pengguna sedia ada pula, menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan dengan hanya menambah Celcom Home Fibre™️ ke dalam pakej mereka.

Ini membolehkan seisi rumah menikmati perkhidmatan kesalinghubungan, tanpa sebarang kebimbangan.

Selain itu, sepanjang tempoh promosi ini pengguna juga boleh mendapatkan telefon pintar 5G secara percuma dengan penjimatan bernilai RM1999.

Apabila pelanggan menambah talian keluarga, mereka layak untuk membawa pulang telefon pintar percuma bernilai RM549 sekiranya mereka mendaftar untuk pakej peranti Keluarga Celcom MEGA™️

Pendek kata, Pelan Keluarga Celcom MEGA™️ ini bukan sahaja menawarkan pelan terkini yang paling inovatif, namun ia sesuai untuk memenuhi keperluan digital seisi keluarga. 

Ganjaran terkini buat pengguna

Pengguna Celcom MEGA™️ juga dapat menikmati pelbagai ganjaran istimewa daripada rakan kongsi Celcom yang merangkumi potongan dan diskaun menarik untuk penginapan serta hadiah percuma.

Antaranya potongan 50 peratus untuk penginapan di OYO Hotel, 15 peratus diskaun untuk minuman di Zus Coffee, diskaun 10 peratus untuk bilik, makanan dan minuman serta spa di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan satu jam percuma sesi karaoke di Red Box dan nikmati potongan 50 peratus serta bawa pulang hadiah menarik apabila membeli-belah di Sports Paragon.  

Nikmati pengalaman 5G dengan Celcom!

Image

Dengan segala kelebihan yang ditawarkan, anda sekeluarga disarankan untuk beralih ke rangkaian Celcom dan dapatkan kad SIM 5G Celcom dengan segera bagi memastikan anda menjadi yang terawal menikmati teknologi 5G selepas ia dilancarkan nanti. 

Anda boleh beralih ke Celcom dengan lebih mudah menerusi aplikasi Celcom Life dengan memuat naik aplikasi Celcom Life melalui Google Playstore atau App Store dan nikmati akses serta merta bagi mana-mana pelan pascabayar atau prabayar Celcom.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.celcom.com.my/personal/postpaid, atau ikuti perkembangan terbaharu menerusi akaun Facebook dan Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 6:08 PM