Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang terhempas di Sungai Pinji berdekatan Medan Gopeng, Ipoh, Perak hari ini, berlaku ketika menjalani latihan penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.07 malam.

"Jenis pesawat yang terbabit adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan BATS Aviation Sdn Bhd.

"Seorang juruterbang maut manakala seorang lagi parah dan sedang menerima bantuan perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Berita berkaitan

Pesawat ringan terhempas, 2 tersepit

1 maut, 1 selamat pesawat ringan terhempas di Medan Gopeng

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 11:07 PM