GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Selepas bapa tiri, ibu kepada dua kanak-kanak perempuan yang disyaki didera ditahan polis di sini, 5.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada wanita berusia 31 tahun itu turut terbabit dalam kejadian itu.

"Kedua-duanya direman bermula hari ini sehingga 5 Mei ini untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media semalam melaporkan, kesan lebam di pipi kiri dan kanan murid perempuan berusia lapan tahun akhirnya membongkar dia dan adiknya berusia enam tahun menjadi mangsa dera.

Kejadian itu disedari guru kelas murid tahun dua selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa.

Berikutan itu, bapa tiri dua beradik itu ditahan pada 3.30 petang di rumahnya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 11:23 AM