GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Melaka: Suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan:

  • 'Tidak kasihan ke individu itu kepada Amir?'
  • Budak maut didera ibu, bapa tiri
  • Ciuman terakhir ibu, keluarga angkat [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 12:24 PM