Lebih 1.4 juta kanak-kanak bawah 11 tahun sudah divaksin.
Lebih 1.4 juta kanak-kanak bawah 11 tahun sudah divaksin.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sejumlah 1,403,498 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 39.5 peratus daripada populasi dalam kumpulan umur ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web Covidnow, 366,295 kanak-kanak atau 10.3 peratus daripada kumpulan ini sudah menerima vaksin lengkap.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,871,425 individu atau 92.3 peratus melengkapkan vaksinasi manakala 2,973,462 atau 95.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam kalangan populasi dewasa pula, 15,970,302 individu atau 67.9 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,960,578 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua mereka dan 23,237,257 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Semalam, 79,398 dos vaksin diberikan, terdiri daripada 59,818 dos untuk suntikan kedua, 4,456 suntikan dos penggalak dan 15,124 dos untuk suntikan pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjumlah 69,570,045.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian membabitkan penularan Covid-19 dilaporkan semalam dengan Johor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu tiga, diikuti Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan dengan masing-masing dua kes.

Pulau Pinang, Sabah dan Selangor pula masing-masing merekodkan satu kes.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 12:54 PM