Kegiatan seorang lelaki yang cuba memindahkan diesel dari sebuah lori ke lori lain dengan menggunakan dua hos, malam tadi. FOTO ERIKA GEORGE
Kegiatan seorang lelaki yang cuba memindahkan diesel dari sebuah lori ke lori lain dengan menggunakan dua hos, malam tadi. FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Sibu: Cubaan seorang lelaki tempatan untuk memindahkan 5,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 gagal apabila ditahan di Lorong Teku, di sini, malam tadi.

Serbuan dilakukan pada 9.30 malam oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 selepas menerima maklumat dan hasil risikan yang dilakukan.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, bertindak dari maklumat, anggotanya memeriksa dua lori yang diletakkan di tepi jalan itu.

"Anggota mendapati seorang lelaki berusia 42 tahun sedang leka memindahkan diesel dari lori ke lori tangki dengan menggunakan satu corong khas.

"Siasatan awal yang dijalankan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen atau kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu bagi memiliki atau menyimpan bekalan diesel terbabit," katanya.

Katanya, suspek ditahan manakala dua lori terbabit dirampas untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 4:18 PM