MANGSA banjir Normadiah Mohd Bakri, 49, mengemas rumahnya di Kampung Sungai Lui. Rumahnya terjejas akibat banjir Disember lalu. FOTO Fathil Asri
MANGSA banjir Normadiah Mohd Bakri, 49, mengemas rumahnya di Kampung Sungai Lui. Rumahnya terjejas akibat banjir Disember lalu. FOTO Fathil Asri
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Hulu Langat: Penduduk di Taman Sri Nanding, Kampung Sungai Lui, Kampung Jawa dan Pangsun yang terjejas banjir, Disember lalu, tetap membuat persiapan menyambut Ramadan, esok.

Tinjauan di sekitar pekan Hulu Langan dan Jalan Sungai Lui mendapati jalan sesak berikutan penduduk mula membuat persiapan manakala beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut mengagihkan bantuan keperluan asas.

Ketua Kampung Batu 18, Mohd Ariff Mohd Salleh berkata, terdapat kira-kita 370 mangsa banjir di kawasan berkenaan yang masih terjejas akibat banjir.

"Namun semua bantuan daripada kerajaan sudah diterima mangsa banjir dan mereka kini membuat persiapan untuk menyambut Ramadan dan Syawal.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO yang tidak putus datang ke kampung ini untuk mengagihkan bantuan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Ariff berkata, dia mengalu-alukan kehadiran pelbagai pihak untuk membantu dan meringankan beban penduduk.

"Masih ada penduduk yang tidak mempuny kelengkapan asas seperti peti sejuk dan mesin basuh kerana rosak akibat banjir.

"Penduduk kampung juga akan mengadakan pelbagai program berbuka puasa di masjid dan surau, justeru kita amat mengalukan penyertaan dari mana-mana NGO yang ingin turut sama bersama penduduk kampung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 3:48 PM