Rosli Ilham


Chukai: "Banjir kali ini pelik kerana biasanya Februari sudah musim kemarau," kata Zaidi Othman, seorang daripada mangsa banjir di Kampung Padang Kubu, Kemaman.

Zaidi, 61, berkata, banjir yang melanda pada Februari adalah kali kedua berlaku sepanjang hidupnya.

"Kalau tak silap saya, kali pertama banjir pada Februari 1984 dan ketika itu sangat besar.

"Saya sudah biasa berdpan musim tengkujuh namun banjir di penghujung Februari pelik dan luar biasa," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Padang Kubu, di sini, petang ini.

Seorang lagi penduduk, Salasiah Hamid, 27, berkata, hujan lebat sejak semalam menyebabkan air melimpah ke kawasan rumahnya menyebabkan dia mengambil keputusan berpindah.

"Saya dan penduduk kampung terpaksa berpindah dengan cepat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

PENDUDUK menaiki rakit buatan sendiri  selepas rumah di Kampung Air Putih dilanda banjir. FOTO Rosli Ilham
PENDUDUK menaiki rakit buatan sendiri selepas rumah di Kampung Air Putih dilanda banjir. FOTO Rosli Ilham

"Kali terakhir kami berpindah pada Disember tahun lalu dan tidak menyangka akan berpindah sekali lagi.

"Memang kelam-kabut, bila air mulai naik saya terpaksa menyimpan semua pakaian dan barangan ke tempat yang lebih tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 8:28 PM