Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Beberapa pekerja yang berada di dua kren gondola di TS Law Tower, Jalan Kemuning, di sini, berdepan detik cemas apabila hilang kestabilan sehingga tali hampir terbelit dan bertembung sesama sendiri akibat hujan lebat dan ribut petang ini.

Aksi cemas berkenaan tular di media sosial apabila video berdurasi 2.32 minit itu menunjukkan pekerja terbabit yang berada di atas kren gondola itu hilang kawalan akibat ribut.

Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Junain Bahau berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghantar jentera ke tempat kejadian.

"Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa, mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 6:06 PM
Beberapa pekerja yang berada di dua kren gondola di TS Law Tower, Jalan Kemuning, di sini, berdepan detik mencemaskan apabila hilang kestabilan sehingga tali hampir terbelit dan bertembung sesama sendiri akibat hujan lebat dan ribut petang ini.