GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Februari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook itu, Rodzi memaklumkan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 11:39 PM