SUKARELAWAN membuat kawalan di salah satu laluan tikus di Kampung Tanjung Aru Lama yang dikenakan PKPD. FOTO Mohd Adam Arinin.
SUKARELAWAN membuat kawalan di salah satu laluan tikus di Kampung Tanjung Aru Lama yang dikenakan PKPD. FOTO Mohd Adam Arinin.
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Enam lokaliti di Tawau, Sabah dan satu di Maran, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 31 Ogos depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, enam lokaliti di Tawau adalah Kampung Mentadak Baru; Kampung Sri Ama; Batu 3 1/2 di Jalan Apas; Kampung Hidayat; Batu 4; Taman Semarak Jaya; Lorong Damai, Jalan Damai dan Lorong Haji Marzuki; Jalan Damai.

"Sementara, PKPD di daerah Maran, Pahang adalah Kampung Luit. Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi berkata, PKPD di dua lokaliti masing-masing satu di Sarawak dan Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Ia membabitkan Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak yang dilanjutkan mulai Rabu ini hingga sehingga 31 Ogos.

"Sementara itu, Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang dilanjutkan tempoh sehingga 24 Ogos depan," katanya.

Rodzi berkata, 11 lokaliti di Pahang, Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pula ditamatkan esok seperti tarikh yang dijadualkan.

Menurutnya, ia membabitkan dua lokaliti di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang iaitu Kampung Bedu dan Kampung Pamah Kulat yang dikenakan PKPD sejak 21 Julai lalu.

"Dua lagi kawasan adalah di Sungai Klau dan Sungai Chalit dekat Raub, Pahang; Kampung Selagon dan Kampung Binsulok di Beaufort, Sabah serta Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram di Mukim Bandi, Kemaman, Terengganu.

"Kawasan lain yang tidak terkecuali adalah Kampung Belian dekat Mukim Sungai Pinang di Tumpat Kampung Tok Sadang dekat Mukim Badang di Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Bintawa Hilir di Kuching, Sarawak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 7:14 PM