GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu sebelum ini dikenakan PKPD pada 12 Oktober lalu.

"Lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub.

"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa di kawasan berkenaan, MKN memutuskan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, tiada sebarang pelaksanaan PKPD dan pelanjutan PKPD di mana-mana lokaliti di negara hari ini.

"Orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 9:22 PM