GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 4 Oktober sehingga 17 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Klang, Mukim Batu Talam, Raub.

"Keputusan PKPD ini dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, MKN turut meneliti pembentangan oleh KKM dan memutuskan untuk menamatkan PKPD di Pantai Lok Kawi, Papar di Sabah.

"Penamatan bermula esok seperti yang dijadualkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 8:46 PM