GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 12 lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Ogos hingga 1 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua lokaliti di Kota Belud, Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas.

Menurutnya, dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park turut dikenakan PKPD.

"Selain itu, lokaliti lain yang dikenakan PKPD ialah Kampung Iburu dan Kampung Meligan di Sipitang, Sabah; Taman Ria Height, Tawau, Sabah dan Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu, Sabah.

"Turut dikenakan PKPD ialah Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran, Sabah; Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, Pahang dan Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis, Pahang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, MKN memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang sehingga 25 Ogos ini.

"MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Felda Krau 1, Mukim Gali, Raub, Pahang; dua lokaliti di Bukit Kuang, Mukim Telok Kalong, Kemaman, Terengganu; Mukim Manir, Kuala Terengganu, Terengganu; Kampung Banjar, Keningau, Sabah dan Kem 3 Sibulu, Tenom, Sabah.

"Selain itu, Penampang Baru, Penampang, Sabah; Depot Tahanan Imigresen Tawau, Sabah dan Kampung Banggol Pak Esah, Mukim Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 6:42 PM