GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Yusri Muzamir


Kuala Lumpur: Sebanyak 486 kes baharu membabitkan varian Delta dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara Isnin lalu hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes.

"Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengenal pasti 317 kes baharu yang semuanya adalah varian Delta, manakala Faculty of Medicine-Universiti Malaya (84 kes); Integrative Pharmacogenomics Institute (58 kes) dan Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (27 kes).

"Daripada jumlah dikesan itu, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes pula VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat 5,726 kes varian Delta; 253 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

"Bagi kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, manakala empat kes varian Kappa dan tiga kes lagi varian Eta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 7:18 PM