Varian Delta
Varian Delta
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Sebanyak 265 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 membabitkan Variant of Concern (VOC) Delta (B.1.617.2) dikesan antara 16 hingga 29 Ogos lalu.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah itu diperolehi hasil kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Mara (UiTM) Selangor dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM).

"IMR mengenal pasti sebanyak 39 kes varian Delta, iPROMISE (48 kes) dan UNIMAS IHCM (178 kes) menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus berkenaan yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes.

"Daripada jumlah itu, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOCterdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

"Bagi VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta," katanya.

Katanya, daripada 265 kes dilaporkan, Sarawak mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 178 kes diikuti Pulau Pinang (31 kes) dan Pahang (19 kes).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 11:13 PM