DR NOOR HISHAM ABDULLAH
DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 515 lagi kes baharu varian Covid-19 dikesan di seluruh negara, sepanjang tempoh 25 November lalu hingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemuanya membabitkan varian membimbangkan (VOC) Delta.

"Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengenalpasti sebanyak 415 kes manakala Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) mengenalpasti 46 kes.

"Malaysia Genome Institute (MGI) mengenalpasti 44 kes dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) mengenalpasti 10 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 4,672 kes adalah VOC iaitu 4,432 kes varian Delta, Beta (226) dan Alpha (14) manakala VOI membabitkan varian Theta (13), Kappa (empat) dan Eta (tiga).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 7:42 PM