KEADAAN banjir di Changkat Jong, Teluk Intan semalam. FOTO Ihsan APM.
KEADAAN banjir di Changkat Jong, Teluk Intan semalam. FOTO Ihsan APM.
Noor Hidayah Tanzizi


Ipoh: Mangsa banjir di Perak menurun kepada 284 daripada 82 keluarga pagi ini, berbanding 313 orang, semalam.

Ia susulan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim, jam 9 pagi tadi selepas banjir di Muallim pulih sepenuhnya.

Keadaan banjir yang sudah surut membolehkan seramai 34 orang daripada lapan keluarga yang dipindahkan ke PPS berkenaan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, hanya daerah Hilir Perak saja yang masih terjejas banjir dengan dua PPS masih aktif setakat ini.

Mangsa banjir yang dipindahkan di PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib Changkat Jong, membabitkan 148 orang daripada 36 keluarga.

Seramai 136 orang membabitkan 46 keluarga pula ditempatkan di Dewan Bandaran Teluk Intan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 9:53 AM