AHLI keluarga yang hadir di pengebumian jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban. FOTO NSTP
AHLI keluarga yang hadir di pengebumian jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Subang Jaya: Pemandu treler yang menyebabkan kematian 10 individu termasuk lapan kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, akan dituduh esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas suspek yang berusia 37 tahun.

Menurutnya, kertas siasatan sudah lengkap dijalankan dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan keputusan.

"Susulan itu, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret (3) Shah Alam 9 pagi esok mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian itu, 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan R&R USJ lebuh raya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 7:46 PM