SUSPEK di Mahkamah Majistret Muar. FOTO Essa Abu Yamin
SUSPEK di Mahkamah Majistret Muar. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


Muar: Lima suspek dipercayai membuli seorang pelajar sehingga cedera di rusuk kiri di sekolah di daerah ini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini hingga 18 Disember 2021 terhadap kelima-lima suspek berusia 16 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin.

Kelima-lima suspek berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, 8.30 pagi, hari ini dengan menaiki lori polis.

Kesemua suspek ditahan polis, semalam di Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan daerah Johor Bahru.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 1:10 PM