LONG Tiger. FOTO arkib NSTP
LONG Tiger. FOTO arkib NSTP
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Perintah reman terhadap lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan polis di Sungai Petani, Kedah, pada 28 Disember lalu, disambung dua hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan berhubung perintah reman terhadap suspek hingga 3 Januari ini.

Terdahulu, media melaporkan Long Tiger atau nama sebenar Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bersama tiga lagi lelaki termasuk seorang berperwatakan wanita berusia antara 36 hingga 46 tahun dipercayai memberi perlindungan kepada suspek.

Perintah tahanan reman terhadap Long Tiger dan tiga lagi suspek bermula 29 Disember tahun lalu sehingga hari ini dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, jam 11.55 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 5:16 PM