NUR Amni Insyirah dan Muhammad Aryan. FOTO Zaid Salim.
NUR Amni Insyirah dan Muhammad Aryan. FOTO Zaid Salim.
Zaid Salim


Setiu: "Selepas ini tiada lagi lagi kelibat Amni dan Aryan lalu di depan rumah mak cik untuk pergi mengaji," kata Yubani Endut, 70, nenek kepada dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, yang lemas bersama sepupunya, Nurulhasha Humaira, 11, ketika mencari kepah di muara sungai Kampung Mangkuk, di sini, semalam.

Dia yang tinggal berjiran dengan anaknya, Saiful Tarmizi berkata, dia terkejut dan bagaikan tidak percaya sebaik menerima panggilan daripada anaknya memberitahu dua cucunya lemas sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Amni dan Aryan sangat manja dengan saya dan setiap hari dia akan melintasi rumah makcik untuk pergi mengaji dengan seorang guru di kampung ini," katanya yang tinggal di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu.

Menurut Yubani, dua cucunya sangat rajin mengaji al-Quran dan berharap kanak-kanak terbabit menjadi hafiz dan hafizah serta berjaya dalam pengajian al-Quran satu hari nanti.

Malah, katanya, kecenderungan dua beradik itu berjaya mendalami ilmu al-Quran turut diakui gurunya yang terasa dengan pemergian anak muridnya secara tiba-tiba.

Katanya, dia bukan sengaja mahu memuji kemampuan cucunya namun, mendakwa pernah mendengar kanak-kanak itu membaca al-Quran di rumah.

"Sejak tadika lagi mereka sudah hafal beberapa surah Muqaddam. Amni dan Aryan mudah faham apa yang diajar gurunya selain cerdik dan mendengar kata," katanya.

Berita berkaitan:

  • 3 bersaudara yang lemas akan dikebumi dalam satu liang lahad [METROTV]
  • Anak tenggelam depan mata
  • Tiga kanak-kanak dihanyut arus ketika cari kepah
  • Tiga kanak-kanak ditemukan lemas [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 6:04 PM