Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar membuka stadium bola sepak dan sukan lain kepada orang awam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembukaan itu kelak akan merancakkan semula aktiviti sukan di dalam negara.

"Kementerian akan berusaha untuk membuka lebih banyak lagi aktiviti sukan seperti gimnasium dan boling baru-baru ini.

"Apa yang penting pembukaan sektor sukan lebih banyak ini perlu datang dengan tanggungjawab terhadap SOP oleh semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

AHMAD Faizal Azumu pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 (SOP). FOTO Bernama
AHMAD Faizal Azumu pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 (SOP). FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 5:29 PM