Pekerja penyelenggaraan penghawa dingin cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Pekerja penyelenggaraan penghawa dingin cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pekerja penyelenggaraan pendingin hawa yang jatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, mangsa kini sedang menunggu untuk dibedah di bahagian kaki.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kejadian itu.

"Individu berkenaan disahkan sebagai pekerja penyelenggaraan pendingin hawa," katanya ketika ditemui pada Program Mobile Vaksin, Trak Bergerak MyMedic di Perumahan PDRM Desa Tasik, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10, IPD Dang Wangi ketika sedang melakukan kerjanya.

Kejadian jam 6 petang itu disedari anggota bertugas kaunter pertanyaan di Balai Polis Dang Wangi selepas terdengar bunyi dentuman dari arah luar lobi IPD Dang Wangi.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.

Berita berkaitan

Jatuh dari tingkat 10 ketika selenggara penghawa dingin

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 2:21 PM