STESEN KL Sentral. FOTO Saddam Yusoff
STESEN KL Sentral. FOTO Saddam Yusoff
Safeek Affendy Razali


MRCB dalam satu kenyataan memaklumkan kepada orang ramai bahawa sistem penghawa dingin di Kuala Lumpur Sentral Stesen akan dimatikan untuk sementara, Jumaat ini.

Sistem pendingin hawa berkenaan akan dimatikan bermula pada 10 malam Jumaat ini hingga 12 tengah hari keesokkannya.

MRCB memaklumkan, tindakan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan demi keselesaan orang ramai pada masa akan datang.

Pada masa sama, beberapa unit premis yang ada dalam stesen berkenaan akan menyediakan penyejuk udara sementara di kawasan masing-masing semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Pihak MRCB meminta maaf atas kesulitan yang berlaku kepada semua pihak.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Encik Abdullah Farhan di talian 017-2743625 atau email [email protected] atau berhubung dengan pegawai bertugas di talian 0133300077.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 12:30 PM