Sulaiman (dua kiri) menyaksikan Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat memotong kek sebagai simbolik Hari Wartawan Nasional 2021 peringkat negeri di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. FOTO NURALIAWATI SABRI
Sulaiman (dua kiri) menyaksikan Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat memotong kek sebagai simbolik Hari Wartawan Nasional 2021 peringkat negeri di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. FOTO NURALIAWATI SABRI
Amir Mamat


Ayer Keroh: "Percayalah, walaupun pahit, tetapi ia adalah penawar dan ubat untuk kita menghentikan rantaian Covid-19," kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, rakyat diminta bersabar dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dan memberikan kerjasama penuh dalam membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, walaupun pelaksanaan itu akan memberi kesan dari sudut ekonomi, namun keputusan itu semata-mata untuk melihat kesihatan rakyat sentiasa terpelihara selain melandaikan lekuk penularan wabak berkenaan.

"Saya tahu ada yang akan terkesan, tetapi saya minta semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan banyakkan bersabar.

"Beri kerjasama dengan keputusan yang sudah dikeluarkan, dan diharap semuanya bersabar demi kebaikan untuk jangka masa panjang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemotongan kek sebagai simbolik sambutan Hari Wartawan Nasional 2021 peringkat negeri anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 2:24 PM