KEADAAN bangunan di taman tema di Genting Highlands yang terbakar tadi selepas selesai proses pemadaman api. FOTO Bernama
KEADAAN bangunan di taman tema di Genting Highlands yang terbakar tadi selepas selesai proses pemadaman api. FOTO Bernama
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Bentong: Kebakaran di SkyAvenue, Genting di sini hanya membabitkan bahagian luar bangunan dan berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 7 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, hanya seorang wanita warga Singapura terpaksa diberikan rawatan kerana terhidu asap tebal.

Menurutnya, wanita berusia 68 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan, kita tak pasti berapa lama tetapi kita akan selesaikan secepat boleh untuk segerakan siasatan.

"Siasatan kita jangka memakan masa sehari ke dua hari dan akan terus mulakan siasatan hari ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan pihak JBPM bagi mengenal pasti punca kebakaran dan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya, laporan penuh akan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 1:00 AM