Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri  menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris. FOTO Facebook Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris. FOTO Facebook Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Essa Abu Yamin


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi pembangunan Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Pahang yang menempatkan 120 pelajar.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengunjungi pusat tahfiz berkenaan pada semalam.

"Semoga sumbangan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2024 @ 10:24 PM