ZAIHAM (kanan) bersama anggotanya memantau kasino di Genting Highlands . FOTO Ihsan PDRM
ZAIHAM (kanan) bersama anggotanya memantau kasino di Genting Highlands . FOTO Ihsan PDRM
Roselan Ab Malek

Bentong: Polis Bentong akan sentiasa membuat pemantauan terhadap aktiviti kasino di pusat peranginan Genting Highlands agar sentiasa mematuhi standard operasi prosedur (SOP) ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, beliau bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi melihat pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands, malam tadi.

"Pada 11 malam tadi, saya bersama beberapa anggota menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi meninjau pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands.

"Saya dapati pusat kasino terbabit ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)," katanya.

Beliau berkata, penutupan itu menyaksikan kasino berkenaan mematuhi SOP ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 4:09 PM