Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Seorang lelaki dikenali sebagai Man Siam yang dipercayai menikam kenalannya sehingga maut dalam kejadian malam kelmarin, direman seminggu.

Suspek direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dalam kejadian di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Amni Johari.

Media semalam melaporkan, suspek yang menikam seorang lelaki dipercayai berang akibat mangsa terpijak kepala ketika tidur ditahan polis pada 2.45 petang semalam.

LELAKI dikenali sebagai Man Siam (tengah) direman seminggu untuk membantu siasatan kes tikam hingga mati. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
LELAKI dikenali sebagai Man Siam (tengah) direman seminggu untuk membantu siasatan kes tikam hingga mati. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Suspek dikenali sebagai Man Siam berusian 20-an ditahan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ketika bersembunyi dalam semak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, dilaporkan berkata, suspek dikesan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 11.46 malam kelmarin, suspek menikam mangsa berhampiran reban ayam dipercayai berang kerana mangsa terpijak kepalanya yang sedang tidur.

Mangsa, Mohd Dailami Ashaari, 38, maut selepas ditikam dengan empat tikaman di dada dengan menggunakan golok kecil.

Berita berkaitan

'Man Siam ditahan ketika sembunyi dalam semak'

'Sempat 'kebumi' kaki ibu sebelum maut ditikam'

'Maut ditikam kerana terpijak kepala ketika tidur [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 1:18 PM