Nor Fazlina Abdul Rahim


SUSPEK kes bunuh seorang lelaki dan rogol ibu tunggal di Kampung Mujur, Jelawat, kelmarin ditahan reman selama seminggu.

Suspek berusia 19 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek selama seminggu.

Katanya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, suspek ditahan polis di kediamannya jam 10.30 pagi semalam.

Suspek ditahan ketika sedang tidur di rumah berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku kejadian jenayah itu.

Dalam kejadian 7 pagi kelmarin, seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang ibu tunggal dipercayai dirogol suspek.

Lelaki yang maut berusia 28 tahun ditikam di perut dan dada manakala rakannya, lelaki berusia 25 tahun cedera parah yang dikatakan berada di rumah wanita ibu tunggal berusia 40-an ketika kejadian berlaku.

Suspek dipercayai memecah masuk rumah wanita berkenaan sebelum meletakkan pisau di tengkuk mangsa dan merogolnya.

Berita berkaitan

Suspek rogol, bunuh ditangkap ketika tidur

Lelaki maut ditikam, ibu tunggal dirogol [METROTV]

SUSPEK ditahan reman selama tujuh hari. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
SUSPEK ditahan reman selama tujuh hari. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 11:27 AM