OPERASI mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lemas di sungai Yiang Dua air hari ini. FOTO Amir Mamat
OPERASI mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lemas di sungai Yiang Dua air hari ini. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


Melaka: Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa lemas di negeri ini selepas terjatuh ke dalam sungai di Jalan Tambak Paya Ayer Molek-Kampung Tiang Dua, di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas kejadian pertama meragut nyawa dua kanak-kanak di tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Zainuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba, bomba melakukan pencarian di air sebelum menemukan mayat mangsa jam 4.50 petang.

Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Semalam, dua kanak-kanak lelaki lemas dalam tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Fakrullah Rozami dan Badrol Azhan Nizam Bachik, masing-masing sembilan tahun ditemukan lemas dalam tali air terbabit yang mempunyai kedalaman air 1.2 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 5:59 PM