MAYAT Badrol Azhan ditemukan lemas oleh pasukan MUST bomba. FOTO ihsan bomba
MAYAT Badrol Azhan ditemukan lemas oleh pasukan MUST bomba. FOTO ihsan bomba
Nuraliawati Sabri


Melaka: Kanak-kanak lelaki yang hilang selepas rakannya ditemukan lemas di tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling, di sini, turut dijumpai lemas.

Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik, 9, ditemui jam 9.35 pagi oleh pasukan Multi Skill Team (MUST) bomba.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di dalam air bermula jam 7 pagi menemui mangsa.

Beliau berkata, strategi pencarian sejak semalam terbahagi kepada tiga iaitu air, darat dan darat serta air bermula jam 7 pagi hingga 9.35 pagi.

"Ketika SAR di air kita menemui mayat berhampiran lokasi mangsa pertama ditemui.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam tali air, manakala rakannya dilaporkan hilang di Kampung Gelam, Tanjung Kling petang semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, Muhammad Fakrullah Rozami, 9, ditemukan lemas oleh bapanya di tali air sedalam 1.2 meter itu.

Berita berkaitan

Budak 9 tahun lemas dalam tali air

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 11:30 AM