KRU berkenaan. FOTO Ihsan APMM
KRU berkenaan. FOTO Ihsan APMM
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Sepuluh kru Indonesia di dua bot barter trade yang terselamat daripada karam Sabtu lalu, diserahkan kepada wakil pihak Konsulat Republik Indonesia, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Othman berkata, kesemua kru diserahkan kepada wakil konsulat berkenaan di pejabat Zon Maritim Batu Pahat pada 2 petang.

"Dalam kejadian Sabtu lalu, 10 kru warga Indonesia yang berusia 22 hingga 53 tahun terselamat dalam insiden dua bot barter trade karam di dua lokasi berasingan.

"Enam kru di bot barter trade KLM Putera Bangka 88, manakala bot barter rrade KLM Sinar Mega membawa empat kru," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan ujian swab sudah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) bagi memastikan bahawa semua kru berkenaan bebas daripada wabak Covid-19.

Berita berkaitan:

  • 4 jam berdiri atas serpihan bumbung bot [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 10:01 AM