GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norzamira Che Noh


Klang: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan satu Notis Larangan serta merta atas kegagalan pihak majikan berhubung insiden pekerja warga Bangladesh maut tersepit antara lori dan jentolak di kilang di kawasan perindustrian Bukit Raja, Ahad lalu.

JKKP Selangor dalam kenyataan memaklumkan, notis berkenaan dikeluarkan selepas siasatan mendapati majikan gagal memastikan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti menarik lori dengan menggunakan jentolak sehingga menyebabkan kemalangan maut kilang berkenaan.

Dalam kejadian pada 2.30 petang 18 April lalu, pemandu lori di kilang itu sedang menjalankan kerja mengangkut slag.

Jelas kenyataan itu, ketika kejadian lori yang dipandu oleh mangsa tersangkut di dalam terowong yang becak dan bercerun (akibat timbunan slag lama) serta pencahayaan yang tidak memuaskan.

"Mangsa difahamkan meminta bantuan pemandu jentolak untuk menarik lori tersebut dengan menggunakan tali yang diikat pada kedua-dua kenderaan terbabit. Selepas selesai, mangsa yang dipercayai tidak menarik brek tangan seterusnya turun dari lori, untuk membuka kembali ikatan berkenaan.

"Walau bagaimanapun, tiba-tiba lori bergerak seterusnya menghimpitnya. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit di antara lori dan jentolak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 1:12 PM