NICKY Liow Soon Hee diburu polis. FOTO arkib NSTP
NICKY Liow Soon Hee diburu polis. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Beberapa pegawai dan anggota polis yang dipercayai bersekongkol dengan Geng Nicky sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

Sumber berkata, keterangan mereka diperlukan untuk dibandingkan dengan maklumat diberikan oleh individu yang ditahan.

"Pegawai dan anggota berkenaan sudah diambil keterangan. Keterangan mereka akan dibandingkan dengan pendedahan daripada individu yang sudah ditahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedang memperhalusi setiap pendedahan dibuat oleh individu yang ditahan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tidak mustahil akan ada tangkapan baru dalam kes ini.

"Pada masa sama, kami sedang mengesan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang dipercayai masih berada di dalam negara.

"Sebaik dia ditahan, kami akan mengesan individu yang bersubahat menyembunyikan suspek terbabit dan mereka (yang bersubahat) juga akan didakwa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Abdul Hamid mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Nicky.

Abdul Hamid dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati berlaku kebocoran maklumat apabila Nicky, 33, berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis di SetiaWalk, Puchong, Selangor pada 20 April lalu.

Menurutnya, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Berita berkaitan

PGA waspada Datuk Seri Nicky, Sajat menyamar

Interpol bantu PDRM kesan Nicky Liow

Sempadan negara diperketat kemungkinan Nicky lari ke luar negara

Nicky Liow lari bawa lapan beg dipenuhi wang tunai

Polis bocor maklumat, ambil duit perbuatan jijik - KPN [METROTV]

2 datuk seri, 6 datuk antara 118 ahli Geng Nicky ditahan

Tiada kelibat 'Datuk Seri' di Pulau Pinang

Kes Datuk Seri Nicky: Polis cari bekas DPP

Datuk Seri Nicky Liow belum ditahan - Ayob Khan

Polis Johor buru Datuk Seri [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 7:20 PM