KANE meledak gol pertama Bayern dalam aksi Bundesliga menentang Frankfurt. FOTO Reuters
KANE meledak gol pertama Bayern dalam aksi Bundesliga menentang Frankfurt. FOTO Reuters
Reuters

Munich: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane menjaringkan gol di kedua-dua separuh masa untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt yang boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid Rabu ini.

The Bavarians, yang menyaksikan Bayer Leverkusen menamatkan tempoh 11 tahun mereka di Bundesliga dengan merangkul mahkota liga dua minggu lalu, hanya mempunyai trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk diperjuangkan.

Jurulatih kelab berkenaan, Thomas Tuchel mengakui tidak sabar untuk melihat anak buahnya turun beraksi di laman sendiri dan mempamerkan aksi penuh bersemangat.

"Menjelang perlawanan penting Liga Juara-Juara Eropah, perlawanan sebegitu tidak selalunya mudah. Kami kemudian kehilangan Konrad (Laimer) dan Matthijs (De Ligt)," kata Tuchel pada sidang akhbar.

"Tetapi kemenangan adalah persediaan terbaik. Kini kami boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada hari Selasa (Rabu)."

Dia, bagaimanapun, perlu menunggu untuk melihat sama ada De Ligt dan Laimer akan pulih tepat pada masanya.

"De Ligt mengalami kesakitan pada ligamen lutut dan Konrad mengalami kecederaan buku lali. Kami kini perlu menunggu dan melihat apa yang ditunjukkan oleh imbasan X dan berharap mereka dapat bertahan pada hari Selasa."

Mereka berada di depan apabila Kane menampan masuk hantaran Laimer selepas pemain Austria itu melakukan larian tenang pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, Laimer terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

Eintracht menyamakan kedudukan pada minit ke-23 dengan rembatan Hugo Ekitike dari jarak 18 meter tetapi Kane memulihkan keadaan dengan sepakan penalti selepas sejam aksi berlangsung untuk gol liga ke-35.

Ia adalah gol ke-400 kariernya di peringkat kelab dan negara, serta jaringan ke-42 musim ini bagi semua pertandingan.

Tuan rumah terpaksa mengeluarkan De Ligt pada separuk masa kedua selepas pemain itu berdepan beberapa rempuhan kasar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 2:29 PM