Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan akan mengacarakan rancangan penutup pada 4 April nanti dan anda juga akan dihiburkan dengan persembahan Dato’ Sheila Majid - FOTO WOWSHOP
Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan akan mengacarakan rancangan penutup pada 4 April nanti dan anda juga akan dihiburkan dengan persembahan Dato’ Sheila Majid - FOTO WOWSHOP
Noraniza Azmi

WOWSHOP, rangkaian beli belah dari rumah kegemaran rakyat  Malaysia meraikan ulang tahun kelima dengan wajah baharu dan menawarkan pelanggan lebih RM555,555 rebat tunai, diskaun sehingga RM85 dan lebih daripada 155 barangan terpilih dengan harga daripada serendah RM15.

WOWSHOP telah membuat jualan sebanyak lebih daripada RM1 billion sejak 2016 dan memiliki lebih daripada 2.6 juta pelanggan. 

"Menginjak ke tahun kelima dan seterusnya, WOWSHOP mara dengan penuh semangat, pelbagai inovasi dan penambahbaikan akan dilakukan dalam bahagian kerjasama digital termasuk peningkatan sistem dan perkhidmatan, menawarkan lebih produk dan kaedah pembayaran seperti pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian yang semakin memudahkan pembelian. 

Kami sentiasa mengutamakan cara pelanggan membeli-belah dan akan terus berusaha meningkatkan pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar untuk mereka," kata Ketua Pengarah Eksekutif WOWSHOP, Kim Yang Hyun.

Ulang tahun kali ini disambut dengan tema WOW Hi 5, pelbagai pakej WOW yang menyeronokkan akan ditawarkan selama 5 hari berturut-turut bermula 31 Mac hingga 4 April 2021.

Misi WOWSHOP ialah untuk mengajak setiap rakyat Malaysia mengangkat tangan dan memberikan isyarat Hi-5 sesama sendiri secara maya sebagai tanda kejayaan dan perpaduan dalam perjalanan mengatasi cabaran pandemik.

Pelanggan boleh menikmati 5 peratus diskaun daripada produk kempen dan 5 peratus rebat tunai melalui pembelian dari pelbagai platform dalam talian.

Tawaran WOW Hi 5 turut menunggu pelanggan di mana pelanggan boleh menikmati RM5 WOW Cashback dengan pembelian minimum bernilai RM60 yang menawarkan produk daripada 5 Jenama Terbaik WOW.

Sambutan ini akan berakhir pada 4 April dengan rancangan penutup di TV9 dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam dan akan diacarakan oleh hos selebriti Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan serta akan diserikan dengan persembahan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid. 

Selain itu, pelanggan terpilih WOW akan menyertai untuk segmen Putaran dan Roda serta Cabaran Kotak Misteri.

Lebih mengujakan lagi, menerusi platform Facebook WOWSHOP terdapat acara e-dagang setiap hari bermula jam  8 hingga 9 malam dari 31 Mac hingga 4 April dengan pelbagai promosi eksklusif WOW Hi 5. 

Tambah merancakkan sambutan ulang tahun, WOWSHOP juga  membuat cabaran WOW Hi 5 Tik Tok Challenge daripada 28 Mac ke 3 April dan menawarkan wang tunai RM1,000 dan rebat tunai WOW bernilai RM500 untuk dimenangi.

Pemenang akan diumum dan dipaparkan dalam rancangan penutup WOW pada 4 April di TV9.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 10:12 AM