3.15 Hari Pelanggan berlangsung sekarang hingga 15 Mac 2022. - FOTO Shopee
3.15 Hari Pelanggan berlangsung sekarang hingga 15 Mac 2022. - FOTO Shopee
Mohammad Asyraf Khalib

PLATFORM beli-belah dalam talian terkemuka, Shopee komited meraikan pelanggan setia menerusi pelbagai inisiatif dan kempen menarik sepanjang tahun. 

Terbaharu, platform e-dagang itu mencuri tumpuan ramai menerusi pelancaran 3.15 Hari Pelanggan dengan menawarkan pelbagai promosi dan hadiah lumayan kepada pengguna. 

3.15 Hari Pelanggan adalah acara jualan mega yang julung kali diadakan tahun ini, berlangsung bermula sekarang sehingga 15 Mac 2022.

Acara mega itu dimeriahkan lagi dengan penampilan personaliti istimewa iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta. 

Menurut Shopee, pelantikan duta hebat ini bagi mengajak rakyat Malaysia untuk menghargai setiap kejayaan kecil dalam hidup dengan menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada diri sendiri.

Penghantaran percuma

Menarik sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan Shopee berpeluang menikmati servis penghantaran percuma pada setiap hari tanpa sebarang syarat perbelanjaan minimum. 

Ini bermakna, walaupun hanya membeli satu barang sahaja, anda layak menebus baucar penghantaran percuma ketika membuat pembayaran. 

Diskaun 95 peratus

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan menarik yang tersedia dalam senarai kategori Shopee sambil menikmati potongan harga sehingga 95 peratus.

Tawaran potongan harga itu membabitkan 40 produk menerusi tujuh sesi jualan kilat (Shocking Sale) yang diadakan setiap hari.

Menang Nissan Almera

Tidak hanya potongan harga, Shopee tampil dengan kejutan lebih besar iaitu tawaran sebuah Nissan Almera baharu menerusi permainan Spin & Win. 

Untuk merebut peluang memenangi kereta baharu itu, pelanggan hanya perlu mengumpul tiket emas setiap hari kerana lebih banyak tiket yang anda kumpul, lebih tinggi peluang untuk menang.

Sampul misteri

Selain permainan Spin & Win, orang ramai turut dialu-alukan menyertai permainan Sampul Misteri yang dijadualkan berlangsung setiap hari pada jam 8 malam di Shopee Live serta slot tambahan pada 15 Mac,  jam 12 tengah hari.

Menerusi permainan ini, pemanggil bertuah perlu menjawab soalan bagi membolehkan mereka membuka sampul dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. 

Sementara itu, bagi penonton setia yang lain, anda turut berpeluang memenangi Syiling Shopee apabila berjaya meneka sampul yang mengandungi hadiah wang tunai utama terbabit.

Menang iPhone setiap hari

Berita baik buat mereka yang komited mengumpul tiket emas, Shopee turut menawarkan hadiah sebuah iPhone 13 setiap hari dan anda mungkin menjadi salah seorang pemenang bertuah.   

Selain itu, pelbagai baucar peniaga serta baucar Digi bakal dinikmati apabila anda mengambil bahagian dalam permainan Spin & Win. 

Tawaran Travel & Shop 

Bagi yang rindukan pengalaman makan angin, tidak bermakna anda tidak boleh menikmati produk kegemaran dari luar negara di rumah sendiri. 

Kini Shopee membawakan secara eksklusif kepada anda koleksi barangan dari Korea dan Indonesia dengan diskaun sehingga 50 peratus serta koleksi dari China pula ditawarkan pada harga RM5 ke bawah.

Shopee Mall

Sementara itu, pelanggan Shopee tidak boleh melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai produk tulen daripada rangkaian jenama di Shopee Mall dengan tawaran dan diskaun yang diperbaharui setiap hari. 

Paling menarik, anda boleh menikmati tawaran hari diskaun 25 peratus, pulangan tunai Syiling Shopee 25 peratus, baucar 25 peratus untuk pelbagai jenama dan banyak lagi.

Jika tawaran ini masih belum mencukupi, raikan Shopee 3.15 Hari Pelanggan dengan menikmati potongan harga lebih menarik hingga 30 peratus dan baucar 30 peratus daripada jenama kegemaran seperti HUAWEI, Pandora, Watsons dan Timberland!

ShopeeFood Day 

Bagi penggemar makanan pula, Shopee turut menawarkan diskaun hebat menerusi ShopeeFood Day bermula 12 hingga 14 Mac. 

Tawaran itu termasuk servis penghantaran percuma sepanjang hari, diskaun 50 peratus Super Deals, baucar masa terhad dengan diskaun sehingga 65 peratus (antara jam 3 petang hingga 5 petang) dan Savings Pass RM0.10 dengan baucar bernilai hingga RM195.

Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk sebarang pesanan ShopeeFood, anda turut berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM5,898 menerusi peraduan Order & Win

Maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day, layari pautan ini.

Tawaran TV Shopee 

Seterusnya, jangan lupa untuk menonton program Tawaran TV Shopee sempena 3.15 Hari Pelanggan menerusi Shopee Live atau TV3 pada 15 Mac, jam 9 malam untuk merebut tawaran televisyen terbaik sambil menikmati beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau. 

Menerusi program itu juga, anda dapat menonton persembahan istimewa daripada sebuah kumpulan penyanyi lelaki dari Korea.

15 Mac lebih lumayan!

Image

Pada hari terakhir jualan mega, rakyat Malaysia disarankan bersiap sedia untuk membeli-belah terutamanya bermula 12 tengah malam sehingga 2 pagi. 

Antara tawaran istimewa pada hari itu ialah 12AM - 2AM Midnight Madness, Shop & Win, lebih banyak waktu penghantaran percuma, pulangan tunai Syiling Shopee 95 peratus dan banyak lagi.

Bagi pengguna SpayLater pula, anda boleh menikmati ansuran kosong peratus selama tiga bulan dan enam bulan untuk semua produk Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) bermula 12 tengah malam hingga 11:59 malam.

Tidak cukup dengan itu, Shopee turut menawarkan baucar khas 3.15 Hari Pelanggan bernilai sehingga RM65, Baucar Masa Terhad dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang bernilai RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120.

Shopee 3.15 Hari Pelanggan menyaksikan pelbagai promosi menarik daripada jenama terkenal di Shopee Mall termasuk CU Malaysia, Dessini, Enfagrow, Grafen, HUAWEI, Mentholatum, P&G, Skechers, TTRacing dan Vinda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/Consumer-Day. Pastikan anda tambah nilai dan menggunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih lancar.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 9:37 AM