Nurshafika Suhaimi

SEMPENA Jualan Terbesar 11.11, perintis platform eDagang di Asia Tenggara, Lazada menawarkan satu bilion LazCoins sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.

Pelanggan boleh merebut LazCoins seawal 1 November 2023 yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun serta-merta, penjimatan dan menikmati harga yang lebih rendah untuk berpuluh juta barangan di Lazada.

Menariknya, LazCoins Lazada tampil lain daripada yang lain kerana ia memberikan ganjaran kepada para pengguna untuk aktiviti bukan berbentuk pembelian, antaranya apabila mereka mendaftar masuk (check-in) ke aplikasi Lazada, melengkapkan ulasan produk, melengkapkan "mision" atau sekadar bermain permainan di aplikasi.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mengumpulkan LazCoins tanpa had dan menggunakannya untuk menikmati diskaun serta-merta hingga 60 peratus apabila membeli-belah di Lazada.

Semua LazCoins mempunyai tempoh sah laku selama enam bulan bermula dari tarikh kutipan, lantas memberikan para pelanggan masa yang mencukupi untuk menggunakan LazCoins mereka semasa pelbagai kempen jualan Lazada.

Terdapat puluhan juta produk di platform Lazada yang boleh dibeli menggunakan LazCoins yang pasti akan memikat hati setiap pelanggan. 

Diskaun dan penjimatan menggunakan LazCoins akan dibuat secara automatik semasa membuat pembayaran, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati harga yang lebih rendah dengan serta-merta.

Selain itu, pelanggan akan menikmati penjimatan tambahan menerusi baucar platform dan kedai, Lazada Bonus, Penghantaran Percuma, rebat dan banyak lagi.

Image

Pengguna juga boleh mula mengumpul LazCoins dengan mendaftar masuk setiap hari ke saluran LazCoins bagi mengumpul lebih banyak LazCoins.

Sekiranya konsisten mengumpul LazCoins setiap hari bermula November hingga 13 November, mereka akan menerima ganjaran sebanyak 1,640 LazCoin bernilai RM16.40.

Selain daripada mendaftar masuk setiap hari, terdapat banyak lagi cara untuk mendapatkan LazCoins seperti pembelian baju yang berharga RM6.60 membolehkan pelanggan menerima hingga 400 LazCoins yang bersamaan dengan nilai RM4. 

Seterusnya, mata LazCoins boleh segera digunakan bagi pembelian seterusnya. 

Apabila pelanggan memberi ulasan berserta foto dan video baju, mereka akan diberikan ganjaran sebanyak 80 LazCoins yang bernilai 80 sen dan boleh dikumpulkan bersama untuk menikmati penjimatan berganda.

Tidak cukup dengan itu, Lazada juga membuat kejutan durian runtuh LazCoins setiap hari bermula 1 hingga 13 November 2023 dengan sekadar melayari atau membeli-belah di aplikasi Lazada. 

Image

Lebih istimewa, ekosistem LazCoins bukan saja memberi ganjaran kepada pelanggan, malah juga bertujuan memperkasakan penjual yang mana ia membolehkan penjual merendahkan kos operasi, membina jenama dan meningkatkan jualan kedai dalam talian mereka.

Bagi para penjual, LazCoins berfungsi sebagai kaedah promosi yang boleh membantu menggalakkan pembelian oleh pelanggan serta melonjakkan trafik tanpa perlu yuran atau komisen tambahan.

Dengan menyertai "LazCoins Discount Programme" oleh Lazada, penjual juga boleh memperoleh hingga 70 peratus rebat Seller LazCoins berdasarkan jumlah Buyer LazCoins menerusi transaksi kedai dalam talian mereka.

LazCoins boleh ditebus untuk melonjakkan trafik menerusi "Lazada Sponsored Solutions" yang ditaja Lazada untuk membuktikan komitmen jitu dalam melabur dan membina ekosistem teguh demi memanfaatkan pelanggan serta penjual.

Untuk menikmati ganjaran nilai menakjubkan dan banyak lagi, klik di sini atau layari laman Lazada untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2023 @ 10:26 AM